Tuesday, May 22, 2012

Aktiviti minggu ke-3 May'12-skirt labuh

Skirt ni untuk adik kat Putrajaya..merah sangat la 'mak ngah'... :) sementara tudung ni balance dari kain skirt..guna awning tanpa pengeras...
yang ni untuk anak jiran mak mentua kat belakang rumah. Uploaded with ImageShack.us

Aktiviti minggu ke-3 May'12-pasang awning

Pasang awning pada tudung labuh biasa (tudung adik)...Alhamdulillah selesai juga akhirnya. Uploaded with ImageShack.us

Monday, May 14, 2012

Aktiviti minggu ke-2 bulan May'12

cinderella Skirt Buat anak Puan FaraWahida yang tinggal di Selangor. Material adalah kain lycra denim...ringan dan lembut.
Maxi Skirt buat Puan Rohayati Skudai JB. Hanya color hitam yang sempat saya siapkan kerana dark coklat belum dapat kain lagi.
Yang ini saya tukar awning dari yang ada pengeras kepada tiada pengeras, guna kain cotton yang hampir sama color dengan bawah tudung. Manakala yang hitam putih adalah tudung syria, saya pasangkan awning tiada pengeras dengan sedikit pelapik untuk dagu. Kedua-dua tudung ni adalah kepunyaan Puan Sarifah Bakar yang berada di Cameron Highland.
Tudung putih berawningkan kain cotton warna kelabu tanpa pengeras. Amat selesa kala di pakai...tidak sukar untuk menjaga tudung ada awning yang tiada pengeras.
Tudung ni adalah untuk kawan sepejabat Cik Nur Syahida yang dikhaskan untuk adik bongsunya yang masih bersekolah. Amat selesa dan sejuk dipakai kerana meterial adalah dari kain cotton dan awning tanpa pengeras. Uploaded with ImageShack.us

Wednesday, May 9, 2012

Telekung dari kain lycra jersey

Telekung ni juga khas buat Puan Normi yang nak pergi Umrah..semoga selamat pergi dan kembali, Insya'allah. Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, May 8, 2012

Tudung dgn awning cotton tanpa pengeras

Percubaan kali kedua untuk membuat tudung yang ada awning tanpa pengeras...menggunakan contoh yang ada, aku cuba menggunakan kain cotton untuk awningnya, Alhamdulillah menjadi..buat tengahari sebelah malamnya dah ada kawan yang berkenan. Rupa2nya kalau guna lycra, kainnya agak lembut jadi bila dipakai awning tu tak mahu ikut (kalaupun ikut tapi agak sukar untuk mengekalkannya) melainkan buat 2 lapis.
..tapi yang ini ada pengeras...khas buat puan Normi yang nak pergi Umrah... Uploaded with ImageShack.us