Friday, November 23, 2012

Buat Tudung Untuk Anak Buah...

Kesemua tudung yg ku jahit ni adalah saiz untuk budak berusia 8 tahun...dan kesemuanya berkonsepkan awning lembut...
Material :Lycra Denim lembut (pink) manakala yg biru lycra plain
Yanh ni material adalah denim bercorak (lebih dari kain tudung untuk si ibu...) jadi bila di pakai amat sepadan anak beranak...
Material : Lycra Emboise
Material dari Lycra Denim manakala awning dan ropol adalah dari kain lycra cotton bercorak Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, November 20, 2012

Buat tudung labuh untuk adik

Agak sukar untuk mencari kain lycra jenis denim yang tebal dan plain...dan tetiba aku dapat idea...dan inilah hasilnya...
Uploaded with ImageShack.us

Buat Selendang

Atas permintaan seorang kawan, saya jahit selendang dari kain lycra cotton bercorak untuk dia dan anaknya...
Walaupun anaknya masih kecil tapi berkeinginan untuk memakai tudung...dan apa yang dia nak pakai mesti serupa dengan ibunya..nampak happy je si 'Alya'.. Uploaded with ImageShack.us

Telekung Lycra..

Sempat juga siapkan sepasang telekung lycra yang telah lama ditempah oleh kawan
Uploaded with ImageShack.us

Corat-coret cuti sekolah ke pantai timur

Cuti sekolah yang agak panjang ni dapatlah juga familyku pergi berjalan-jalan ke pantai timur semenanjung...yea la asyik bekerja saja, sesekali nak juga kembangkan sayap...emm.. oleh kerana minggu pertama cuti sekolah ada 2 hari cuti umum...ambil cuti 2 hari dapatlah cuti selama 6 hari.. kami bertolak dari Kulai dalam pukul 7.30 pagi...lalu segamat/bandar muazam shah/ gambang dan masuk highway...keluar tol Jabor ...huhhh...penat juga walaupun aku tak memandu...sepanjang perjalanan hujan tanpa henti... Makan malam di Pasir Puteh....dan terus ke destinasi di Melor (tempat penginapan di Klinik Kesihatan Mahligai) dalam pukul 9.00 malam.. Hari Pertama di kelate kami pergi Pengkalan Kubor, malam pula masuk kg di Pengkalan Chepa...
singgah makan tengari di pantai sri tujoh...
Hari Kedua pergi ke Rantau Panjang...jalan2 lagi...
singgah sebentar di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
kemudian kami singgah pula di Pasar Siti Khadijah tapi hanya sebentar cuma... Sebelah malam kami pergi ke Uptown, Wakaf Che Yeh... sepatutnya hari selasa balik JB tapi ditangguhkan satu hari. Petang selasa sempat lagi pergi ke KB.. ok lah nanti sambung cerita lagi. Uploaded with ImageShack.us