Monday, July 30, 2012

29th July 2012

Minggu ni agak sibuk, tak banyak masa untuk kemas rumah, menjahit dsb sebab hari sabtu kena kerja...apa2pun sempat juga menyiapkan tudung guna awning lembut ni buat Kak Liza (pakar roti manis).
Tudung kain chiffon 2 layer...untuk 2 beradik.tema hijau. Hanya 3 helai je yang sempat aku jahit pada hari ahad. ada lagi 4 helai tudung chiffon yang perlu aku siapkan sebelum tiba hari raya..nak kena pos lagi. dan Alhamdulillah juga ada lagi jiran minta jahit kan tudung lycra labuh 3 helai tapi tidak la urgent sangat cuma kalau masa tidak mencemburui aku, Insya'Allah aku akan siapkan sebelum raya kerana sudah pasti mereka nak pakai di hari raya.
dalam pada tiada banyak masa tu sempat la juga buat kek batik ni ha,. tu pun sebab nak pulangkan pinggan jiran yg dah seminggu..mcm ni la kalau bulan Ramadhan... Uploaded with ImageShack.us

Monday, July 23, 2012

Aktiviti minggu pertama puasa

Dah lama tak buat tudung dari kain chiffon, dari mula2 belajar buat tudung dulu sampai la ni...atas permintaan adik, buat la juga untuk anak perempuannya si Hureen..Yg warna pink tu biasa je manakala yg ada 3 tone tu cuba buat ada bunga kat depan tapi tak menjadi sangat..bulat la pulak bentuk kat depannya..sepatutnya agak tajam baru cantik..emm percubaan pertama, Insya'Allah lepas ni akan ku perbaiki.
Yang ni ,,,2 yg atas tu anak tudung untuk dipadankan dengan tudung syria untuk Muliati yg berada di Melaka...manakala yang 2 bawah tu tudung syria untuk Puan Normie dan kerana gambar tudung ni jugak (x tau kenapa ) FB aku tak boleh nak log in..gambar tudung ni dah kena remove tapi dah seminggu aku masih tak boleh nak gunakan FB, ada sapa2 yang boleh tolong...
tudung labuh buat jiranku Puan Yati... terima kasih kerana jadi pelanggan setiaku... Uploaded with ImageShack.us

Monday, July 16, 2012

Tempahan yang sempat ku siapkan sebelum puasa.

Sudah lama aku tak membuat tudung chifon...padahal masa aku belajar dulu buat tudung chifon...
Tudung ni untuk mak mentua..nak pakai raya nanti, pastu dia tak nak ada pengeras...dan inilah hasilnya.Ku harap dia berpuashati...
Tudung hijau songket ni empunya jiranku Puan suraya..ada 2 helai lagi tudung songketnya yang harus aku siapkan...harap2 ada warna yang dia nak sebelum raya menjelang...
Tudung songket purple ni bukan sesiapa punya tapi aku yang berkenan...tapi kalau ada sesiapa yang berkenan dan ingin memilikinya, dipersilakan ....
Tudung pink ni untuk anak2 Puan Liza Othman(2 pcs) dgn pengeras yg lembut..Puan Liza punya belum siap..dan harapanku agar aku dapat menyiapkan sebelum raya...
Anak tudung buat Puan Normi Othman, putih dan hitam.
Tudung ni mukanya macam buat telekung, dari kain lycra denim..selesa dipakai..aku buat tudung ni untuk mak aku yang tersayang..(mak cepat sehat yea..)
Tudung syria twist,,sesuai di pakai dengan anak tudung macam yang hitam dan putih di atas..memang selesa di pakai sebab kain ni macam kain net, ada lubang2 jadi angin mudah masuk.. Uploaded with ImageShack.us

Friday, July 13, 2012